Sunday, 23 June 2013

Lokasi Astana homestay

Sekiranya anda menggunakan lebuhraya PLUS, pastikan anda keluar mengikut susur keluar tol Alor Setar Utara. Astana homestay hanya 2.8km sahaja dari susur keluar Alor Setar Utara dan 500 meter dari Hospital Sultanah bahiyah.

Selepas keluar dari tol, anda akan bertemu dengan simpang 4 berlampu isyarat, sila belok ke kanan dan terus memandu sehingga bertemu simpang 3 berlampu isyarat. Jangan membelok, teruskan perjalanan sehingga bertemu "flyover" lebuhraya PLUS.

Selepas melalui "flyover" lebuhraya PLUS, anda akan dapat melihat papan tanda Taman Sri Astana, sila belok ke kiri dan anda akan dapat melihat deretan rumah kedai berwarna kelabu. Rumah ini juga berwarna kelabu & berpagar hitam tersergam indah. :)


Lokasi Astana homestay sangat strategik, mudah di cari dan berdekatan dengan lokasi tumpuan. Antaranya :-
  • Hospital Sultanah Bahiyah ( berhadapan rumah )
  • Giant.( 10 minit )
  • Kedai runcit. ( belakang rumah )
  • Kedai makan. ( belakang rumah )
  • Laksa teluk kechai ( 15 minit )
  • Jeti ( 10 minit )
  • Masjid Zahir ( 10 minit )
  • Airport ( 15 minit )
  • Dan sebagainya.

    No comments:

    Post a Comment